PARU-PARU SIHAT CEGAH COVID-19

PARU-PARU SIHAT CEGAH COVID-19

PARU-PARU SIHAT CEGAH COVID-19

05/05/2021

Paru-paru sihat boleh mengurangkan risiko daripada dijangkiti COVID-19 kerana virus ini menyerang sistem pernafasan dan saluran udara kita. Paru-paru yang berfungsi dengan baik akan membuang benda-benda asing yang berbahaya kepada badan.

Pada musim pandemik ini, kita diminta untuk duduk dirumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Ini tidak bermakna kita tiada risiko sepenuhnya daripada penyakit ini, jadi terdapat beberapa cara untuk kita pastikan paru-paru sentiasa dalam keadaan sihat. Apakah caranya?


                                                                                    

Cara untuk mendapatkan paru-paru yang sihat ialah:

  1. Berhenti merokok: Tabiat merokok boleh merosakkan paru-paru dengan mendatangkan pelbagai penyakit dan perkara menyebabkan paru-paru tidak boleh membuang bahan-bahan yang bahaya seperti virus dan bakteria. Perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Sekiranya anda berhenti merokok, paru-paru anda akan berfungsi dengan lebih baik dalam masa 24 jam selepas rokok anda yang terakhir.


  2. Bersenam: Melakukan senaman sekurangnya 30 minit sebanyak 5 kali seminggu dapat memberi kesan yang positif kepada paru-paru anda. Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar pengudaraan yang membantu untuk tingkatkan kadar oksigen dalam darah, otot, jantung dan paru-paru. Senaman juga membantu anda untuk kekal sihat kerana sistem imun dipertingkatkan dan menyebabkan anda akan lebih mudah untuk melawan jangkitan.


  3. Menambaikan qualiti udara dalam kediaman anda: Kita perlukan udara yang bersih untuk mengekalkan kesihatan paru-paru. Adakah anda pasti udara dalam kediaman anda bersih? Jadi, kita perlu pastikan kediaman kita berventilasi bagi memastikan udara yang kotor keluar dari kediaman kita. Kebersihan kediaman juga perlu dijaga bagi memperbaiki udara yang kita hirup.