MINUM BANYAK AIR TURUNKAN BERAT BADAN

MINUM BANYAK AIR TURUNKAN BERAT BADAN

MINUM BANYAK AIR TURUNKAN BERAT BADAN

27/04/2021

Ramai orang sedang berusaha untuk menuurunkan berat badan. Ada sesetengah yang mengamalkan diet yang sihat, ada pula sesetengah yang sanggup berlapar, dan ada yang menggunakan media social sebagai 'guru' untuk turun berat badan. Tetapi, adakah anda tahu dengan minum air, anda juga boleh turunkan berat badan? Jadi, bagaimana air boleh membantu dalam menurunkan berat badan?


                                                                


  • Air boleh mengurangkan selera makan : Sekiranya anda minum air sebelum makan, anda akan merasa kurang lapar dan kurang keinginan untuk makan. Ini kerana, sekiranya anda minum air sebelum makan, air yang diminum tadi akan memenuhi ruang di dalam perut dan buat anda rasa sedikit kenyang.


Dalam satu kajian, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan telah berjaya mengurangkan berat badan dan lemak dalam masa 8 minggu apabila mereka minum air sebanyak 500mL 30 minit sebelum makan. Hal ini kerana mereka melaporkan bahawa air menyebabkan mereka kurang berselera untuk makan.


  • Air membantu membuang sisa-sisa dari badan : Sekiranya anda minum air banyak, ia membantu anda untuk kekal hidrasi, seterusnya membantu dalam masalah penghadaman. Apabila mempunyai masalah penghadaman, sisa akan kekal di dalam badan dan menyebabkan berat badan meningkat. Dan dengan minum air, selesailah masalah penghadaman dan sisa akan keluar dari badan dan berat badan anda akan menurun.


  • Air membantu dalam senaman : Apabila bersenam, kita menggunakan otot-otot badan dan sendi-sendi. Sekiranya otot atau sendi tidak mendapat air yang cukup, ia boleh menyebabkan kekejangan. Tiada masalah otot atau sendi, tiada apa yang dapat mengganggu senaman anda. Lebih banyak bersenam, lebih banyak berat badan anda berkurang.


Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kita perlu mengamalkan hidup gaya sihat seperti makan makanan yang berkhasiat, bersenam dan minum banyak air. Seberapa banyak air yang perlu diminum dalam sehari adalah mengikut kepada aktiviti yang dilakukan, umur, suhu sekeliling, tahap kesihatan dan pelbagai lagi. Secara umumnya, kita perlu minum 1 – 2 liter sehari. Semoga berjaya dalam menurunkan berat badan