KULIT PERLUKAN VITAMIN
KULIT PERLUKAN VITAMIN
Kita perlu menjaga kulit dengan baik supaya kulit kita sentiasa sihat dan bersih. Vitamin memainkan peranan yang penting dalam memastikan kulit kita dalam keadaan yang sihat. Jadi, apakah vitamin yang terbaik untuk kulit kita?? Antara vitamin yang diperlukan untuk kulit ialah: Vitamin A: Vitamin A dihasilkan daripada retinoid yang membantu dalam meningkatkan kadar perolehan sel. Perkara ini memberi kesan kepada tekstur dan tona kulit kita. Selain itu, ia juga membantu dalam masalah jerawat dan melambatkan penuaan. Retinoid akan menyebabkan kulit kita lebih sensitive terhadap matahari, sekiranya anda menggunakannya pada siang hari, pastikan anda memakai “sunscreen”. Bagi mengelakkan kulit anda rosak, anda boleh pakai pada waktu malam dan sekiranya anda masih baru menggunakan vitamin A, anda boleh mulakan dengan kepekatan yang sedikit dan tidak menggunakannya hari-hari. Ini adalah untuk membenarkan kulit anda biasa dengan vitamin ini, dan anda boleh menggunakannya hari-hari. Vitamin C: Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan menghasilkan kolagen yang membantu untuk memastikan kulit anda sihat. Vitamin C juga akan melambatkan proses penuaan kulit anda. Sekiranya anda menggunakan vitamin C ke kulit anda, ia akan meningkatkan keanjalan kulit, dan membuat kulit nampak lebih muda dan cerah. Dan jika anda mengambil vitamin C secara oral, ia akan meningkatkan keberkesanan “sunscreen” yang disapu di kulit anda. Vitamin E: Vitamin E juga mempunyai sifat antioksidan. Fungsi vitamin ini ialah untuk melindungi kulit dari kerosakan akibat matahari, melambatkan proses penuaan, dan meningkatkan penghidratan kulit. Badan kita akan menghasilkan vitamin E melalui sebum yang akan mengekalkan keadaan kulit dan mengelakkan kulit daripada kering. Banyak lagi vitamin yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat. Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut, anda boleh berjumpa dengan pakar dermatologi bagi memastikan anda mendapatkan vitamin yang terbaik untuk kulit anda. Kita perlu menjaga kulit kita supaya kulit sentiasa sihat, cantik dan kekal muda. ☺