SEBAB PERLU BERHENTI MEROKOK DENGAN SEGERA
SEBAB PERLU BERHENTI MEROKOK DENGAN SEGERA
Merokok merupakan satu tabiat yang tidak asing bagi manusia tetapi membawa padah kepada mereka. Rokok mengandungi tembakau, nikotin dan bahan-bahan kimia yang mampu merosakkan paru-paru manusia.
Pada setiap tahun, sebanyak 6.5 trilion rokok telah dijual di seluruh dunia yang memberi maksud, rokok yang dijual dalam masa sehari ialah sebanyak 18 bilion rokok. Di Malaysia, jumlah perokok telah berlaku penurunan iaitu sebanyak 1.5 peratus dan menjadikan 21.3 peratus perokok.
Merokok telah mengakibatkan kematian lebih daripada 8 juta orang dalam masa setahun di seluruh dunia. Manusia yang maut akibat daripada penggunaan tembakau secara langsung adalah seramai lebih daripada 7 juta orang dan sekitar 1.2 juta orang yang maut akibat daripada terdedah kepada asap rokok. Di Malaysia, dianggarkan seramai 20,000 orang yang maut akibat tabiat merokok pada setiap tahun.
Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia menghisap rokok satu kotak rokok yang mengandungi 20 batang rokok dalam masa satu hari, ini menjadikan sebanyak 4.6 juta batang rokok yang dihisap dalam masa satu hari sahaja.
Merokok mempunyai banyak risiko kepada manusia yang menghisapnya, seperti:
Gigi kekuningan
Berbau busuk (badan, pakaian, nafas)
Sesak nafas
Batuk teruk
Penyakit paru-paru
Tekanan darah dan degupan jantung tinggi (diakibatkan oleh kerosakan sistem peradaran)
Strok
Makan makanan yang berkhasiat
Menggunakan rokok elektronik
Berhenti secara terus (berhenti merokok tanpa menggunakan alat bantuan)
Senaman fizikal
Kelilingi diri anda dengan suasana yang memberi sokongan
Kaunseling