Mengapa Kombucha Baik Untuk Kesihatan?

Mengapa Kombucha Baik Untuk Kesihatan?

Mengapa Kombucha Baik Untuk Kesihatan?

16/02/2021


Kombucha atau juga dikenali sebagai teh cendawan ialah sejenis minuman teh hijau atau teh hitam yang diperam yang melalui proses penapaian. Teh ini dijadikan minuman kesihatan oleh orang ramai. Pada umumnya, Kombucha merupakan fermentasi teh gula menggunakan Symbiothic Culture of Bacteria and Yeast (SCOBY) seperti Saccharomyces cerevisiae dan Gluconacetobacter xylinus.

Symbiothic Culture of Bacteria and Yeast (SCOBY)

Kombucha dijadikan minuman kesihatan asbab khasiatnya yang banyak dan bagus untuk sistem badan manusia. Antara kebaikan Kombucha ialah:

  1. Sistem penghadaman yang sihat

  2. Meningkatkan imunisasi badan

  3. Membantu mencegah kencing manis

  4. Meningkatkan tenaga

  5. Sumber antibakteria


Antara manfaatnya yang paling ketara ialah Kombucha dikatakan sebagai sumber probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium. Probiotik sangat penting bagi sistem pencernaan manusia sekali gus dapat menjaga kesihatan usus. Dengan mengambil Kombucha dan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang akan membantu memperbaiki penghadaman, menurunkan berat badan, detoksifikasi badan, meransang sistem imun dan mengurangkan risiko sindrom prahaid.

Hal ini demikian kerana, melalui proses penapaian, bakteria-bakteria baik akan terhasil. Dengan ini, pengambilan Kombucha juga akan meransang bakteria baik apabila menggantikan yang telah terhapus akibat pengambilan bahan pengawet dalam makanan seharian. Sepertimana kita tahu, bakteria baik sangat penting dalam badan manusia bagi melawan bakteria jahat atau kuman dari bermaharajalela. Justeru, khasiat Kombucha mampu mengubah hidup kita kepada hidup yang lebih sihat.