BAHAYA JEREBU

BAHAYA JEREBU

BAHAYA JEREBU

26/01/2021


Siapa masih ingat apa yang berlaku pada September 2019? Ketika itu negara kita teruk dilanda jerebu. Pada satu tahap, sebanyak 2649 sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak terpaksa ditutup. Bukan sahaja negara kita, malahan negara jiran juga turut menerima nasib yang sama.


Persoalannya, mengapa jerebu ini berlaku? Jerebu ini berlaku oleh kerana dua faktor. Pertama, ia berlaku secara semula jadi, contohnya letusan gunung berapi dan kebakaran tanah gambut. Kedua, ia disebabkan oleh perbuatan manusia termasuklah pelepasan asap aktiviti perindustrian dan pembakaran tanaman pertanian.


Petani menggunakan teknik tebas dan bakar


Jerebu biasanya berlaku pada musim angin Monsun Barat Daya iaitu di antara Mei hingga September. Ketika itu angin bertiup perlahan iaitu kurang dari 15 knot yang menyebabkan partikel di dalam jerebu berkumpul dan mendap pada altitud udara rendah. Tambahan pula ketika musim ini cuaca agak kering dan panas jadi ramai petani mengambil kesempatan untuk membakar tanaman pertanian dan hutan. 

Bahayakah jerebu ini? Ya ianya sangat berbahaya kerana terdapat partikel terapung-apung di dalam udara. Partikel yang lebih kecil daripada 2.5 PM (Particulate Matter) ini mampu meresap ke dalam paru-paru. Kesan pada jangka masa pendek, seseorang itu mungkin akan mengalami simptom seperti kegatalan mata, hidung berair dan kekeringan tekak. 


Walaubagaimanapun, pada jangka masa panjang anda berkemungkinan mengalami asma dan konjuntivitis. Sebanyak 31 klinik sentinel jerebu dilaporkan telah mencatatkan peningkatan kes asma dan konjuntivitis pada September 2019. Bukan itu sahaja, permukaan bronkus akan mengalami keradangan atau dipanggil sebagai bronkitis dan mampu menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti pneumonia (keradangan alveoli). 


Batuk berterusan petanda bronkitis

Perbandingan bronkus di dalam paru-paru mengalami bronkitis dan sihat



Pneumonia | Private Pneumonia Treatment | Respiratory London

Perbandingan alveoli sihat dan pneumonia


Maka, apa yang perlu kita lakukan ketika menghadapi jerebu sekali lagi ialah mengurangkan aktiviti di luar. Sentiasa memakai topeng bersesuaian seperti N95 ketika ingin keluar. Elakkan merokok kerana perokok berisiko tinggi kepada penyakit ketika jerebu dan memburukkan lagi kualiti udara. Kekal hidrat bagi mengelakkan kegatalan tekak.

 

Akhir sekali, kita digalakkan untuk bersedia dengan jerebu pada masa akan datang dengan mengambil herba seperti cendawan susu rimau. Cendawan susu rimau mempunyai sifat anti keradangan dan melegakan simptom seperti batuk-batuk. Selamat mengamalkan budaya hidup sihat.