Kafein? Ketahui Kebaikannya!

Kafein? Ketahui Kebaikannya!

Kafein? Ketahui Kebaikannya!

25/01/2021

                                               

Berjuta-juta manusia menggunakan kafein dalam kehidupan harian. Kafein terdapat dalam makanan serta minuman yang kebanyakkannya kita makan sebagai contoh kopi, teh, coklat, minuman soda dan macam macam lagi. Selalunya, orang akan bercakap mengenai keburukan kafein, tetapi pada hari ini, kita akan kongsikan apa kebaikan yang ada pada kafein.

                                                                   

  1. Kebanyakan orang menggunakan kafein untuk kekal terjaga dan meningkatkan tumpuan dalam harian. Perkara ini berlaku kerana kafein yang diminum meresap ke dalam saluran darah seterusnya bergerak ke otak dan menyebabkan kafein itu menghalang kesan adenosine dan mengurangkan rasa penat dan menyebabkan kita terjaga.

    Selain itu, kafein juga boleh membantu dalam membakar lemak, beberapa kajian menemui kafein boleh meningkatkan kadar metabolik ke 3-11%. Kafein banyak dijumpai dalam supplement membakar lemak.

    Seterusnya, kafein juga membantu dalam melindungi hati kita, selalu kita dengar kafein boleh merosakkan hati, tetapi ini sebaliknya. Sekiranya kita minum 4 atau lebih cawan sehari, kita boleh mengurangkan risiko sirosis sehingga 80%. Di samping itu, kafein juga boleh merendahkan risiko penyakit Parkinson pada kadar 32-60%. Terdapat satu kajian mengatakan satu dos kafein boleh membantu meningkatkan memori jangka panjang.

    Adakah itu sahaja???

    Tidak, kafein juga berkemampuan untuk merendahkan risiko daripada beberapa jenis kanser seperti kanser mulut, kanser prostat dan kanser payudara dengan meminum lebih 4 cawan kopi sehari. Kafein juga membantu kita untuk meningkatkan mood dan kita tidak akan cenderung untuk menjadi kemurungan.


    Banyak lagi kebaikan kafein seperti:

    1. - Meningkatkan prestasi senaman
    2. - Merendahkan risiko Diabetes Type 2
    3. - Merendahkan risiko penyakit jantung
    4. - Terjaga daripada penyakit Alzheimer dan demensia


    Tetapi, sekiranya kita mengambil kafein dengan dos yang banyak, ia akan mendatangkan keburukan dan penyakit kepada kita. Jadi, jaga pemakanan anda supaya boleh memperoleh semua kebaikan kafein yang dinyatakan di atas.