Menerokai sejarah cendawan susu rimau

Menerokai sejarah cendawan susu rimau

Menerokai sejarah cendawan susu rimau

06/04/2020

Pada entri kali ni.. Kita akan bersama2 menerokai sejarah Cendawan Susu Rimau ni…

 

Kalau anda semua nak tahu… Cendawan ni dah lama digunakan… Terutamanya dikalangan orang asli untuk mengubati penyakit…

 

Cendawan ini telah pon digunakan selama 400 tahun dahulu lagi .. Pada tahun 1664, seorang pengembara yang bernama John Everlyn telah mencatatkan didalam diarinya iaitu ” The Diary of John Everlyn” mengenai cendawan susu rimau ini..Beliau mencatatkan cendawan ini dalam bahasa latin sebagai Lac tygridis yang mebawa maksud susu harimau. Apabila beliau mengembara ke asia, beliau mendapati penduduk tempatan kebanyakan nya mengunakkan cendawan susu rimau ini untuk mengubati penyakit.. Beliau juga menyatakan bahawa cendawan ini mampu mengubati penyakit yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan barat..


John Evelyn dan diarinya~

Pada tahun, 1879 pula, seorang ahli sains yang bernama Cooke telah menyatakan bahawa spesimen pertama cendawan susu rimau ini ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau telah mengklasifikasikan spesimen pertama ini secara saintifik dan digelar Fomes rhinocerotis

Bapa Industri Getah Negara, Henry N. Ridley juga turut menyenaraikan kepentingan cendawan ini didalam jurnal penulisannya..




Henry Ridley

Selain itu, bekas pemimpin negara Malaysia sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan keberkesanan cendawan susu rimau ni.. Semasa berucap di International Convention of Biotechnology pada tahun 2002,  beliau telah menyatakan bahawa cendawan susu rimau ni telah membantu menyembuhkan batuk kronik beliau… Tun M merupakan seorang doktor perubatan juga turut mengunakkan cendawan susu rimau ini… Kenapa tidak anda???

 

Pada zaman 50-an dan 60-an, cendawan ini digunakan secara meluas oleh rakyat tempatan, pengunaan cendawan ini juga dikategorikan mengikut kaum…

 

Bagi etnik Melayu, cendawan ini digunakan untuk mengubati penyakit2 seperti berikut;

 

– mengubati barah payudara dan barah perut

– meringankan sakit sendi

– sebagai tonik penguat badan dan lain-lain

 

Manakala bagi etnik Cina pula, cendawan ini kebanyakannya digunakan untuk;

 

-mengubati asma dan batuk

-melindungi peparu dan sistem pernafasan

-meguatkan sistem pertahana badan 

Tetapi pada zaman 70-an cendawan susu rimau ini telah kurang digunakan dalam perubatan disebabkan oleh kemunculan ubat-ubatan moden…

 

Kalau anda semua nak baca lebih lanjut mengenai sejarah-sejarah tersebut, boleh dibaca di link berikut…