Asal-usul Nama Cendawan Susu Harimau (Mitos dan Sains)
Asal-usul Nama Cendawan Susu Harimau (Mitos dan Sains)
Seperti yang dijanjikan.. Entri kali ini admin akan menceritakan mengenai nama Cendawan Susu Rimau ni…
Haa kalau nak tahu kena la baca sampai habis….
Menurut cerita orang asli , cendawan ini mendapat nama berdasarkan cerita di mana kulat yang tidak dikenali ini tumbuh di tempat di mana titisan susu harimau betina jatuh ke bumi apabila menyusukan anaknya.
Maka dari situ lah ianya dinamakan Cendawan Susu Rimau.. kenapa rimau ? kenapa bukan harimau?
Mengikut kepercayaan atau pantang larang orang asli, apabila seseorang berada di dalam hutan, elakkan daripada menggunakkan nama orang tersebut apabila hendak memanggilnya.. Ini kerana dikhuatiri jin2 atau makhluk dalam hutan akan turut mendengar nama tersebut dan dia akan turut sama memanggil… Menakutkan tak ??? Hahah.. tapi ni mitos kira macam mitos atau pantang larang orang asli je la.
Oleh itu, bagi cendawan susu rimau pula… Ianya tidak dipanggil sebagai cendawan susu harimau apabila berada di hutan bagi mengelakkan daripada harimau muncul ketika pencarian cendawan susu rimau di lakukan.. Mereka juga percaya bahawa terdapat harimau di kawasan dimana cendawan tersebut dijumpai. Sekali lagi ini hanya lah mitos atau pantang larang orang asli ketika berada di dalam hutan..
Nama cendawan susu rimau ini juga turut dicatat di dalam tesaurus bahasa melayu.. Ini menandakan bahawa cendawan ini bukanlah sesuatu yang asing malah sesuatu yang diketahui umum pada masa dulu.
Secara saintifiknya pula, cendawan ini digelar Lignosus rhinocerus atau Polyporus rhinocerus kerana ciri-ciri nya yang mempunyai 3 bahagian utama iaitu payung, batang dan ubi, sekaligus dikategori kan dalam keluarga Polyporacae. Jangan terukar pulak dengan Pleurotus tuber-regium kerana cendawan ini juga digekar cendawnan susu rimau disebakan oleh ciri-ciri nya yang sama iaitu mempunyai payung, batang dan juga ubi.
Apa yang membezakan antara 2 jenis spesis ini adalah Cendawan susu rimau yang sebenar (Lignosus rhinocerus) tumbuh secara tunggal, manakala Pleurotus tuber-regium pula tumbuh secara berkelompok.
Bahagian isi ubi cendawan susu rimau pula berwarna putih susu seakan susu ibu harimau. Khasiat cendawan susu rimau kebanyakkannya berada pada bahagian ubinya.. Secara tradisional ubi ini akan direbus dan air rebusannya akan diminum sebagai tonik penguat badan. Ada juga yang dicampurkan dengan herba-herba lain seperti tongkat ali.
Ubi cendawan susu rimau ( sclerotia)
Setakat ni sajalah entri pada kali ni… entri seterusnya admin akan menceritakan sejarah cendawan ini pula… Nak tahu tak cendawan ni dah digunakan selama 400 tahun dahulu dah… Lama kan? Nak tahu pasal sejarah?? Tunggu la entri berikutnya~~~