Mari mengenali Cendawan Susu Harimau

Mari mengenali Cendawan Susu Harimau

Mari mengenali Cendawan Susu Harimau

06/04/2020

Cendawan Susu Rimau? Ape tu ye?

Ok kalau korang semua nak tahu jom kita sama-sama baca entri kali ni


Koleksi cendawan susu rimau

Pada entri kali ini, sy akan menceritakan serba sedikit pasal Cendawan Susu Rimau ni … atau nama Inggerisnya TIGER MILK MUSHROOM, atau kalau secara saintifiknya adalah Lignosus rhinocerus

Cendawan ini bukan lah seperti cendawan yg lain kerana ianya amat sukar ditemui dan bukanlah sesuatu yang anda boleh perolehi di pasar basah atau pasar kering . Rata- ratanya cendawan ini ditemui di hutan belantara.. Cendawan ini tumbuh secara tunggal atau individual dan bukan berkelompok seperti cendawan lain..

Cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama, iaitu payung, batang dan ubi.  Khasiat cendawan ini terletak pada bahagian ubinya (sclerotium). Bahagian dalam ubinya berwarna putih susu, seolah2 seperti warna susu harimau.

BOLEH TENGOK SINI:



Rata-rata masyarakat moden sekarang mungkin tidak tahu mengenai cendawan ini… Walaupun begitu, cendawan ini amat lah popular di kalangan generasi tua dan juga masyarakat orang asli Malaysia. Bagi mereka cendawan ini amat la berkhasiat dan berguna untuk mengubati pelbagai penyakit.

Orang asli menggunakan cendawan ini untuk mengubati lebih daripada 15 jenis penyakit seperti;

– demam

– batuk

– lelah

– barah / kanser

– keracunan makanan

– luka

– lemah- lemah badan (sebagai tonik utk menguatkan badan)

– sakit sendi

Cendawan boleh dikatakan sebagai harta karun negara dan mempunyai nilai yang amat tinggi kerana khasiat nya dan tidak mudah untuk diperolehi.

Menurut kepercayaan orang asli hanya yang bertuah dan murah rezeki sahaja akan menemuinya.

Mengikut kepercayaan dongeng purbakala, cendawan ini dipercayai tumbuh dikawasan dimana titisan susu ibu harimau jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.. Disebabkan itulah cendawan ni dinamakan cendawan susu rimau.

Kenapa rimau? Kenapa bukan harimau? Kalau nk tahu tunggu entri berikutnya dimana sy akan menceritakan asal usul nama cendawan susu rimau ni dengan lebih lanjut…