Buah-buahan untuk kesihatan

Buah-buahan untuk kesihatan

Buah-buahan untuk kesihatan

08/07/2021

Semua orang suka dengan buah-buahan dan terdapat pelbagai jenis buah-buahan di dunia sama ada tempatan atau import. Setiap jenis buah mempunyai keunikan nutrient dan kebaikan yang tersendiri. Sesetengah orang memanggil buah-buahan sebagai makanan segera semula jadi kerana ianya mudah dibawa kemana sahaja dan cara penyediaannya juga mudah.        

                                                             

Contoh buah-buahan yang berkhasiat:

  1. Epal – Epal merupakan buah yang penuh dengan khasiat. Ia mengandungi serat yang larut dan tidak larut yang membantu mengawal tahap gula dalam darah, memastikan pencernaan baik, dan membantu dalam kesihatan jantung. Sekiranya anda kerap makan epal, ia akan mengurangkan risiko sakit jantung, strok, kanser dan lain-lain. Selain itu, makan sebiji epal membantu kita rasa kenyang dan kurangkan keinginan untuk makan makanan lain.

  2. Pisang – Pisang mengandungi potassium, vitamin B6, vitamin C dan magnesium. Ia juga mengandungi polifenol dan fitosterol yang membantu kesihatan keseluruhan. Pisang yang sudah masak merupakan sumber karbs yang mudah dicerna yang akan memberi tenaga kepada yang memakannya.

  3. Manga – Buah manga adalah sumber potassium, folat, serat dan bermacam vitamin. Ia juga mengandungi polifenol yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Mangga mempunyai serat yang membantu dalam pencernaan dan pergerakan usus.

  4. Strawberi – Strawberi juga mengandungi bermacam nutrient seperti folat, vitamin C dan manganese. Terdapat kajian yang mengatakan kandungan anthocyanin, ellagitannin, and proanthocyanidin yang tinggi dalam buah ini membantu mengurangkan risiko penyakit yang kronik.

  5. Durian – Buah durian terkenal dengan baunya yang sangat kuat, tetapi ia mengandungi nutrisi yang banyak. Buah durian mengandungi serat, vitamin B6, vitamin C, folat, dan lain-lain. Ia mengandungi kandungan serat dan potassium yang tinggi yang membantu dalam menjaga kesihatan jantung kita.

                                                                

Pastikan anda mengambil buah-buahan dalam diet harian anda supaya anda mendapat nutrisi-nutrisi yang terdapat dalam buah tersebut. Buah-buahan kebanyakkan membantu dalam sistem penghadaman, kerana ianya mengandungi serat dan air yang banyak.