Kekacang baik untuk kesihatan?
Kekacang baik untuk kesihatan?
Anda peminat kekacang? Adakah anda tahu kekacang mempunyai banyak khasiat? Anda ingin tahu tentang khasiatnya? Melawan kanser Kekacang mengandungi agen antioksidan dan anti-keradangan yang membantu dalam mengurangkan risiko kanser. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan dan telah terbukti bahawa kekacang membantu dalam mengurangkan risiko menghidap kanser. Terdapat satu saranan untuk kita mengambil kacang hitam kerana ia mengandungi kandungan antioksidan yang tertinggi berbanding kekacang yang lain. 2. Kesihatan jantung Kekacang mengandungi folat yang akan menurunkan tahap homosistein yang juga akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kekacang juga mengandungi serat dan vitamin B dimana ia merupakan nutrient yang disarankan bagi mengurangkan risiko penyakit ini. Kacang pinto dan kacang kering yang boleh dimakan adalah digalakkan kerana ia mengurangkan kolesterol. 3. Diabetes Kekacang mempunyai kebolehan untuk mengelakkan risiko diabetes dan ia juga mengawal kadar gula dalam darah kita. Kekacang kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang akan dicerna dengan lebih perlaha dan ia meningkatkan rasa kekenyangan dan mengawal kadar insulin dalam badan. Terdapat banyak lagi khasiat kekacang yang ada dan pasti akan ada keburukan disebaliknya. Jadi, makanlah kekacang yang betul dan mengambil dengan kadar yang disarankan kerana sekiranya anda tidak mengambil peduli tentangnya, mungkin akan terjadi kesan sampingan yang tidak diinginkan.